Wednesday, 10 August 2011

Hari ke 9 Ramadan 1432H

Cepatnya masa berlalu. Dah 9 hari kita berpuasa. Aku pun dah mula dengar lagu raya kat radio tapi masih belum rasa meriah dihati. Segalanya berjalan macam biasa. Aku pun dah tak tau nak masak apa utuk iftar nanti. Fikir punya fikir, yang senang, cepat dan Aiman suka, aku buat saja maggi goreng dan benar Aiman memang suka.

Untuk aku, biasa la. Sejak 1 hari puasa hari tu sampai hari ni aku agak kurang selera nak makan nasi. Semalam ada order karipap segera dari Yan dan akhirnya hari ni aku goreng karipap saja. Not bad la rasanya. Boleh order lagi ni.

No comments: