Thursday 28 April 2011

Doubled cheese burger

 
Petang tadi ingat nak balik rumah terus. Tapi memandangkan minyak kereta tinggal 2 bar dan esok pula jalan sudah pasti jem sebab Jumaat dan hari Isnin cuti, maka dengan bergayanya aku singgah di Caltex Seberang Jaya. Cewah, bergaya. Bergaya sebab berjaya menghabiskan lagi duit dengan makanan tak berkhasiat.

Isi minyakcuma RM20. Untuk bekalan esok saja. Nanti babah balik, dia akan isi minyak dengan penuh. Yes, yes. Balik la cepat babah.

Mulanya ingat balik nak masak saja apa ada kat rumah tapi syaitan sudah menghasut. Sebelah Caltex ada McD. Singgah la, singgah la. Maka aku pun korner tapi tak la sampai baring kat situ. Bukannya ada plan nak beli apa pun masa tu. Baca dulu kat menu pandu lalu tu. Tengah-tengah sedap membaca, tengok-tengok belakang dah berderet kereta beratur. Terus kat tempat pesanan dan minta 3 ketul double cheese burger untuk anak. Lagipun dah lama mereka bertiga tu tak makan doublecheese burger ni. Dalam hati cakap, pejamlah mata order. Bukan selalu pun. Tak ada lah sangat efeknya kalau sesekali makan ni. Lagipun nabi SAW pun bersabda, makanlah kamu secara sederhana. Cewah, kalau nak makan tu siap dengan sabda nabi lagi.

Entah apa yang aku order dengan double cheese burger tu,sedar-sedar ada 3 gelas besar coke, 3 aiskrim McD, 3 bekas besar funfries dan 3 gelas coke kosong. Semuanya hampir RM 50. Cis, apa yang aku order ni? Tak tau. Aku main ya saja apa yang ditanya oleh pelayan McD tu sebab panik tengok kereta kat belakang. Sebelum tu memang tak ada sebarang kereta kat belakang aku masa aku sampai.

Balik rumah, seronok la budak-budak tu dapat double cheese burger. Aku tak makan benda-benda macam ni. Memang benda ni aku beli untuk anak-anak saja. Ini sebagai ingatan tarikh aku beli burger ni untuk mereka supaya nanti aku ingat jangan beli selalu sangat.

No comments: