Monday 6 December 2010

Dalam hati ada hutan



Sejak hari Jumaat, mood aku tak berapa baik. Asyik nak marah dan cari pasal tak tentu. Tak ingat pula pasai apa jadi macam tu. Hari tu dalam hati ada hutan, hutan Amazon, tebal dan gelap.

Balik petang, aku ada appointment dengan pusat rawatan badan tu tapi aku dah malas. Tak tau kenapa aku jadi sungguh bebal sejak Jumaat tu.Cari pasal, cari pasal nak marah kat orang, nak bising kat orang. Aku kata dalam hati, kalau nanti aku terkorner ke situ, aku pergi, kalau tak, aku balik rumah terus saja. Lepas tu asyik lapar, lapar.

Tapi sampai kat simpang tu, aku terkoner juga kesana. Sampai sana, aku dah hot pula dengan satu insiden yang tak disengajakan. Dah rasa tak seronok dah.

Malam tu babah balik. Aku sampai rumah dulu, babah sampai lambat sikit. Babah cerita-cerita kat aku, ada satu cerita tu, aku rasa babah dok ejek aku la pulak. Terus aku merajuk. Marah kat dia tak tentu pasal sedangkan dia baru saja sampai rumah. Balik jauh-jauh nak jumpa anak isteri, isteri pula buat perangai.

Hari Sabtu, buka kabinet dapur, nampak pula sarang anai-anai. Mengaruk lagi sebab dah pesan lama dah kat babah minta tolong cari pest control, dia tak ambik tindakan. Aku sepatutnya tahu bahawa dia cuma balik seminggu sekali dan hari Sabtu tu la sebok dengan keluarga nak pergi sana sini dan hari Ahad dah nak balik Klang semula.

Hari Sabtu juga ada banyak kenduri dan salah satunya rumah sepupu aku. Kenduri sunat dan naik rumah baru. Hujan, cari jalan tak jumpa la pula. Mendidih dah ni sebab lama sangat cari jalan tak jumpa. GPS pun gelong.

Sampai rumah kenduri, makanan pula tak mencapai standard aku. Panas lagi hati aku sedangkan benda tu tak perlu pun nak marah.Alhamdulillah dan makan saja apa yang ada, rezeki semuanya tu tapi entah kenapa hari tu, aku tak boleh terima. Lepas tu rumah dia pula kat tingkat dua, kena panjat tangga pulak. Panas hati lagi.

Balik rumah dah terlupa ada lagi satu kenduri kat taman perumahan aku yang aku beria-ia janji nak pergi semlam tu. Sepupu aku yang lain nak datang rumah. Tunggu punya tunggu, tak ada sms, tak ada call. Nak datang ke tak pun tak tau.

Dekat jam 7malam, baru called kata nak datang. Aku tak sediakan apa-apa lagi makanan takut mereka tak jadi datang, tup-tup nak datang juga. Pergi dapur, masak apa yang patut sambil menunggu. Sekejab called, sekejab called, kata tersesat. Keluar pula pi ambik depa kat jalan besar. Dekat jam 10malam baru mereka bergerak keluar dari rumah aku.

Malam tu mengantuk sangat tapi Aliah janji nak bawa ciskek untuk kawan dia. Aku pun start buat ciskek dan dengan susah payahnya, siaplah sebiji ciskek untuk dibakar. Dah masuk dalam oven, tengok jam, masuk dalam bilik tidur, check facebook sementara tunggu kek masak. Kononnya nak tunggu sejam. Tertidur la pulak.Bila terjaga dah jam 12 tengah malam. Bangun masuk bilik air dan nak tidur semula. Terlompat bangun bila teringat ciskek dalam oven.

Uwa.....ciskek dah jadi arang dah. Teringat kat Aliah, kesian kat dia sebab dia dah janji dengan kawan dia nak bawa ke hostel esoknya. Macam mana ni? Waktu pun dah lewat tapi sebab tak sampai hati nak hampakan anak, aku pun buat balik semula. Siap dalam pukul 3 pagi. Itu pun aku pesan kat Aliah, jam-jam tertentu tolong kejutkan mama. Masalahnya selalu aku sukar nak pejam mata tapi malam tu, aku letak saja kepala atas bantal, terus tertidur.

Esok pagi, kami hantar Aliah ke kolej dia semula. Lagi satu masalah, jem yang sangat teruk. Kereta tak bergerak. Guard entah kemana. Traffic langsung tak terurus. Aku dalam kereta ni dah ngongeng macam-macam dah. Macam-macam perkataan keluar. Aliah pergi daftar kat Jabatan dulu. sekejab saja menunggu. Masalahnya bila dia nak daftar masuk hostel. Dah la parking penuh, atas jalan, kiri jalan, kanan jalan cuma tengah jalan saja orang tak parking. Kami lepaskan Alaih kat tempat pendaftaran hostel, dan kami menunggu kat satu tempat lain. Itupun menunggu belakang kereta orang.

30 minit belum selesai lagi dan aku called dia tanya keadaan. Kata dia, lambat sebab ramai yang menunggu. Kami ambil keputusan keluar dulu untuk lunch sementara dia selesai.

Lepas balik lunch, ingatkan dah selesai jem tu, rupanya bertambah buruk. Ibubapa cuba ambil tempat yang sehabis dekat untuk ke hostel anak-anak. Jalan lintang pukang tapi kami jalan terus hingga ketempat Aliah menunggu. Lagi sekali guard buat hal minta kami parking kat tengah padang padahal aku tengok jalan depan dah clear. Kami ikut dulu arahan. Aku dah cakap #$#^%&**()_)(* . Bengang. Kata guard tu jalan depan jem tapi aku tengok tak ada la banyak kenderaan pun sebab hostel Aliah kebawah sedikit.

Alhamdulillah, babah tenang dan sabar. Ikut saja apa kata guard tu sedangkan dia tau yang jalan bawah tu dah clear. Sekejab saja kami parking, babah pura-pura keluar untuk ambik jalan balik tapi sebenarnya kami parking kat bawah. Tak ada langsung kesesakan kat bawah tu. Senang saja kami dapat parking dan keluarkan barang Aliah. Guard tu dah kena dengan aku. Masa sebok sangat tadi tak ada pun depa jaga jalan, bila dah ok sikit baru depa sebok nak tahan kereta sana sini. Ibubapa pun pusing sana sini sesuka hati sebab tak ada satu guard pun nak guide jalan. Tak teratur langsung. Guard tunggu dan lihat sampai jalan jadi sangat sesak baru nak sebok. Masa tu memang dah susah nak kontrol dah.

Abang kat rumah nak keluar ke PC fair sambil tunggu maid nak iron baju. Sekejab sekejab aku called dia sebab dia nak keluar. Aku minta dia tunggu sampai maid tu datang baru boleh keluar. Masa dah terlambat. Jam 2 petang baru maid tu sampai. Aku minta dia tinggalkan saja maid tu sendirian kat rumah dan dia keluar.

Kami singgah makan cendol di Changlun dan lepas tu terus shoot balik ke Penaga. Rancangan asal nak balik kampung pun tak jadi sebab kelamkabut.

Pagi ni babah masih bercuti lagi. Aku bangun lambat sikit sebab babah kata tak perlu masak. Dia akan beli breakfast. Aku keluar macam biasa, dan mendidih lagi bila tengok minyak kereta dah habis la pulak.Sampai kat stesen minyak, isi minyak dan jalan terus. Dalam perjalanan, ada pula kereta hantu mana entah bawa sangat perlahan dan bila aku nak potong, dia sebok mengaum dan memecut. Dah la ekzos besar gedabak. Beberapa kali dia buat macam tu, akhirnya aku ikut belakang dia saja. Aku takut sebenarnya. Tak singgah beli suratkabar pun sebab kereta tu dok ikut belakang.

Sampai kat feri, dah terlambat sebab terlepas feri awal. Sampai pulau dah pukul 7 pagi lebih. Jalan macam biasa sampai depan Padang Kota, jalan yang biasa aku lalu, tutup la pula. Aku tak tau jalan lain dah. Dah la tak ada signboard HPP. Gila ah. Aku cuba nasib jalan ikut Komtar tapi pusing pi pusing mai aku langsung tak jumpa jalan ke HPP. Masa berlalu. Called babah dan dia suruh pakai GPS. Keadaan sungguh panik sebab aku masuk jam 7.30 pagi. Ikut saja apa kata GPS.

Jalan terus dan akhirnya sampai ke Jambatan. Apa lagi, terus balik rumah. Sms Puan Kamala, bagitau dia aku sesat dan nak minta babah tolong hantar balik tapi tiada jawaban. Sms Yan pula dan Yan kata tak yah datang.Kesian sebab hari ni cuma mereka berdua saja yang kerja. Pn Kam kena bagi briefing kat ACC.

Akhirnya sampai rumah balik semula dan aku tau yang sebelum ni aku alami PMS. Awat teruk sangat kali ni. Sekarang fikiran aku dah tenang dan boleh relak sebab semuanya dah OK. Rupanya makin berumur, PMS makin teruk.

No comments: