Sunday 14 November 2010

Perjalanan

10 November, aku bercuti. Kononnya nak hantar Aliah ke kolej untuk last paper. Tapi semua perancangan menjadi lain. Selepas hantar Aliah untuk exam pukul 8.30 pagi, kami terus ke rumah kakcik dan menunggu sementara dia nak habis pukul 10.30 pagi.




Selesai saja, kami shoot terus ke Klang dari Arau. Wah, selama ni kami bertolak dari Penang, tak lah terasa jauh sangat tapi hari ni, kami bertolak dari Arau. Sangatlah jauh dan memaksa babah berhenti di R&R, lima kali. Mengantuk dan letih. Aku boleh bawa tapi aku lagi teruk mengantuk dengan perjalanan jauh macam tu. Jadi kesimpulannya, babah sorang yang pandu.

Inatkan dapat sampai semasa waktu pejabat. Tak terdaya mengejar masa, kami sampai dikawasan Sg. Buluh dah hampir 4.30 petang. Ambik keputusan bermalam di sana dulu sementara esok sebelum menyambung perjalanan ke Klang esoknya. Kebetulan Akmal ada di sana untuk peperiksaan semester 4. Juga untuk memberi semangat kat dia.

Singgah ketempat Akmal, bawa dia sekali untuk check in hotel. Kami menginap di Starlight hotel di Damansara sebab dekat dengan tempat Akmal. Kemudian balik semula ke Sungai Buluh untuk makan malam bersama.









Menghabiskan makan malam bersama Akmal, kami kemudian menghantarnya semula ke asrama dan kembali ketempat penginapan kami. Bermalam disitu dan esok awal-awal pagi bertolak ke Klang untuk kerja babah.Walaupun babah sedang bercuti, tapi dia yang aku kenal, sangat komited dengan kerja. Sanggup datang jauh dari Penang hanya untuk satu kerja dalam masa cutinya.



Di perjalanan, tertarik dengan motor mamak bawa roti begini. Kat kampung sekarang dah tak ada dah tapi terjumpa pula kat Sg Buluh.

Sesampai saja di sana, babah bawa kami dan letakkan di perkampungan kastam Pulau Indah sementara dia menghabiskan kerjanya di pejabatnya. Jadi semetara menunggu dia balik, kami habiskan dengan aktiviti kami sendiri.


Aku dengan tekun dan gigihnya menyiapkan kerja-kerja office yang belum selesai. Nasib baik ada banyak masa kat sini, selesai juga kerja aku. Petang, selepas saja habis kerja babah, kami terus bertolak balik. Seperti biasa, kami singgah di perhentian Sungai Buluh untuk makan sate. Tapi macam tak best saja sate Hj. Samuri kat sini. Sejuk dan comot sampai kelidi.

 Kami dah order lama dah tapi yang sampai cuma air dan kuah serta ketupat dan timun. Habis air dan timun serta ketupat, sate belum juga sampai.

Akhirnya...sampai juga sate sejuk Hj. Samuri kat meja kami, tapi sebab kuah dia sedap, masih lah lagi boleh dimaafkan dengan sate sejuk tu. Tak habis makan pun, bungkus bawa balik.


 Dari jauh nampak awan seperti kepala serigala. Kalaulah serigala sebesar ini?
Bas dan kancil yang daring. Saling memotog dengan kelajuan 130 km/h. Takut tengok cara mereka memandu.

Jam 8.30 malam sampai ke rumah semula. Hu...sungguh letih walaupun tak memandu. Esok kerja balik semula.

2 comments:

Nabilatul Huda said...

Wah, hebatnya...Dari Arau ke Klang...Mmg rajin suami Kak Yatie ni...Bertuahlah kawan kerja dia...Tp dia juga mesti gembira coz bo selesaikan amanah...

Hayati said...

Mah, dah tukar blog name ke? Memasak la pulak. Kak yati ada banyak resepi tapi malas nek buat blog.