Friday 5 November 2010

Banjir

Hari ni cuti am. Memang niat awal aku, boleh la rehat panjang sebab esok lusa juga cuti. Aliah dan babah ada kat rumah.

Malangnya, cuti pun hati tak senang. Rumah abang dan ayah kat kampung banjir. Lebih besar dari 2005. Kalau dulu rumah ayah selamat sebab air tak naik tapi kali ni, rumah ayah pun dah masuk air. Dua tiga jam sekali, call abang, tanya perkembangan banjir. Kesian. Nak balik tengok pun tak boleh. Jalan semua tutup.

Begitu juga rumah adik kat Alor Setar. Semalam called adik dan katanya dia nampak macam air sedang menuju ke taman perumahan dia. Tapi sampai petang tadi, katanya, tak ada lah sampai tapi air dalam longkang dah naik pula. Bekalan air paip dah kena potong sejak dari hari Jumaat Rabu lepas lagi. hari ni tunggu lori air, tak sampai-sampai la pula. Kesian mereka semua.

Seingat aku dah 3 kali banjir besar melanda kampung aku. 1998, 2005 dan tahun ni. Ketiga-tiganya aku dah keluar dari kampung. Aku tak tau macam mana keluarga aku menghadapinya. Setiap kali, banjir semakin besar. Pernah satu ketika tahun 2005, kami balik semasa banjir masih belum surut. Takut aku melihatnya dan kemudian bila kami balik kediaman kami semula, air semakin naik.

Ya Allah ya tuhanku, memang itu ujian untuk kami. Kami reda dengannya dan hanya Engkau yang mengetahui apa hikmahnya.

No comments: