Tuesday 12 October 2010

Hari-hari yang terpaksa dilalui

Oleh sebab sekarang ni aku masuk kerja jam 7.30 pagi, makanya aku terpaksa keluar rumah sehabis lambat jam 6.10 pagi. Kalau tidak aku akan lambat sampai ke tempat kerja. Sepatutnya semasa naik feri, keadaan masih lagi gelap tetapi sesekali aku terlepas feri, maka keadaan dah cerah baru aku dapat naik feri. Aku mesti sampai ke lampu isyarat terakhir jam 6.33 pagi. Klau tak, aku memang akan terlepas feri yang biasa aku naik.

Sepatutnya semasa aku naik feri suasana masih gelap sebegini.

Tetapi ada sekali dua masa naik feri, keadaan dah cerah sebegini. Aku pasti ianya memang alamat tak baik. Terlambat lagi dan terpaksa masuk jam 8pagi, balik 5 petang. Mengharungi jalan sesak yang membuatkan aku rela keluar awal balik awal dari keluar lambat dan balik lambat. Tak sanggup.
Ni suasana dan keadaan semasa nak sampai ke arah pulau. Masa ni pun masih gelap lagi. 6.55 pagi selalunya aku sampai di pulau.


CISKEK PULA
Entri untuk ciskek ni saja aku tujukan kepada Puan Hasmah Mohd Harris, pegawai sains bekas tempat kerjaku dulu yang sekarang berada di German kerana mengikut kekanda tercinta melanjutkan pelajaran. Mah boleh cuba apa yang kak yati buat ni dan rasa tengok bagaimana rasanya. Kak yati sendiri tak berapa gemar dengan kek-kek apa pun jadi kak yati sendiri tak pernah merasanya. Kak yati buat bila ada permintaan samada dari anak-anak atau kawan-kawan.

Ciskek yang selalu kak yati buat.
150gm biskut oreo(buang krimnya dan kisar hingga halus)
butter cair untuk sebatikan biskut kisar tadi
Satukan kedua bahan ini dan tekan kedalam acuan. Kak yati guna springfoam 8 inci..
Simpan dalam fridge sekurang-kurangnya 10 minit

Krim cis
500 gm cream cis (Kak yati guna Philadhelphia cis)
150 gula halus (kak yati guna gula castor)
3 biji telur ( pecahkan dan pukul sedikit dengan garpu, biar sebati sahaja, jangan sampai gebu pula)
1 biji lemon, perah ambil jusnya
sesudu teh esen vanilla

Cara-cara membuatnya
Pukul sedikit cream cis
masukkan gula halus tadi
Agak-agak lembut dan sedikit gebu (jangan gebu sangat takut nanti bila bakar dia naik tetapi bila sejuk tenggelam ditengah) Tak lebih 15 minit.Keluarkan dari mixer.
Guna manual method, campurkan telur sedikit demi sedikit sehingga habis. Kak yati guna senduk kayu.
Lepas tu masukkan jus lemon dan esen vanilla.
kacau sebati.
Keluarkan bes yang disimpan tadi dan tuangkan aduna cis diatasnya.
sebelum tu panaskan oven sekurang2nya 10 minit.
Letakkan air panas dibawah acuan ciskek tadi dan bakar dalam suhu 150 darjah celcius selama sejam. Boleh tanya pakcik google macam mana teknik ni dengan menaip teknik bainmarie.
Lepas sejam, angkat dan iarkan sejuk. masuk dalam fridge lagi dan boleh hiaskan dengan apa saja yang disukai. Kak yati selali guna blueberry topping dalam tin dengan buah strawberry. Kalau nak  banyak, letak la banyak, kalau nak jimat sikit, letak sikit-sikit. Ok , kalau masih tak faham, msg saja kak yati ya Mah.

2 comments:

Rozy said...

hohoho <--alamak bunyi macam santa claus lak.. hehehe

chedaappppnyaa...lama dah rozy xwat ciskek.. nak try resepi k yatie lak r...

yummmehh!!

Hayati said...

bila nak mai ni? kak yati tolong buat, boleh?