Friday 24 September 2010

Yan, Kedah

Sabtu lepas kami sekeluarga dijemput makcik (mak sedara suamiku)  ke jamuan doa selamat keluarga untuk perasmian kawasan percutiannya di Yan. Ada 4 bangunan kembar yang menempatkan 8 bilik untuk pelanggan bercuti dikawasan hutan.
Ini ialah kawasan depan chalet tu dimana satu kolam dibina. Tak tau lah sebenarnya kolam itu untuk apa. mandi atau cuma salah satu dekorasi taman.

Sungai kecil belakang yang kering sebab dah lama tak hujan.
Kawasan tepi resort ni sedang dibina lebuh raya. Masih berselerak.
Tempat makan di atas kolam. Luas kalau nak buat gathering atau perjumpaan keluarga atau apa-apa aktiviti berkumpulan tapi makanan kena sediakan sendiri.
Chalet-chalet yang bakal disewakan. 4 biji dan 8 bilik.

Dalam bilik tapi cadar tu digunakan untuk sementara sebab banyak lagi yang perlu disiapkan. Cuma semua kemudahan asas saja dulu sebelum dapat disiapkan sepenuhnya dan mungkin akan mengambil lebih banyak masa lagi.





Berkumpul beramai-ramai untuk majlis doa selamat dan kesyukuran makcik kerana siapnya resort ini.
Makcik, tuan punya resort ni dan ibu mertuaku(duduk).

Pemandangan kawasan resort ni dari tempat makan. Kawasan baru dan masih banyak kekurangan tapi kalau yang berjiwa adventerous, ianya dah memang mencukupi tapi InsyaAllah, pelan-pelan nanti ia akan dibangunkan dengan lebih baik dari masa kemasa.
Dalam perjalanan balik. Cantik jalan Yan ni. Berbukit, pemandangan laut, hutan dan sawah padi bersilih ganti. Kami datang dan balik ikut jalan lama.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengadakan gathering dan sukakan suasana hutan, untuk sementara ni bolehlah contact kak yati dulu sebab kak yati pun lupa nak tanya macammana nak contact makcik kak yati ni untuk urusan sewa bilik atau tempat perkhemahan ni. Oh ya, sebenarnya tempat ni juga sesuai untuk perkhemahan sebab ianya dibangunkan memang untuk tujuan tersebut.

Penambahbaikan akan dilakukan dari masa kemasa memandangkan yang ianya memang akan mengambil masa yang panjang untuk sempurnakan persekitaran resort ini. Buat masa sekarang ianya sudah boleh digunakan dengan cukup kemudahan asas.

No comments: