Sunday 8 August 2010

Peribadi

Blog aku blog peribadi. Blog aku blog rasa hati aku. Aku tak harapkan orang mengikut apa yang aku buat atau apa yang aku rasa. Blog aku untuk aku dan untuk orang yang nak tau tentang aku. Aku tak mengharapkan blog aku untuk menjadi pengajaran atau ikutan dan blog aku aku adalah untuk kenangan aku.

Akmal nak makan lemak putih fucuk dan aliah nak makan sup ayam. Pagi-pagi aku dah masak kedua-duanya dan pagi ni kami started the day dengan brunch. Dah siap makan nasi. Semalam aku buat ciskek, cornflake madu dan cupcake. Bila sesekali aku rasa nak masak, aku akan masak selagi masa mengizinkan.

Jadual aku agak sebok sebulan dua ni. Treatment pun aku ambik berselangseli, lama sekali hinggakan terasa seperti membazir bila aku tak pergi. Makan pun kurang kontrol sebab kalau aku kurang makan, badan terketar-ketar. Macam mana ya. Bila la nak kurus kalau macam ni punya gaya ambik treatment.

Pagi ni pun sebok. selepas memasak dan update blog aku ni, sekejab lagi akan hantar aliah balik ke Arau. kemudian singgah rumah ayah, PIL, kakak dan adik Pipah.Babah pula akan balik Klang malam nanti. Malam tadi lorong taman kami ni ada acara pasang lampu untuk Ramadan dan syawal. Babah ikut hingga pukul 1 pagi. Semalam mereka dah mula masak bubur lambuk untuk diagih-agihkan Ramadan nanti.

No comments: