Sunday 4 July 2010

Apabila ibu gigih mencuba




Sejak beberapa hari ni aku memang gigih mencuba untuk mndapatkan roti jala yang cantik. Macam-macam acuan aku guna. Dari acuan yang betul sampai ke cubaan menggunakan bekas kicap atau sos. Cuba dan cuba dan cuba. Segala bekas sos aku beli dan guna tapi tetap juga tak sama dengan bekas kicap yang muncungnya macam paruh burung tu. Bekas sos terakhir yang aku beli semalam ialah yang besar dan ada 2 lubang tu. Tapi aku tak pandai kawal keluarnya adunan tepung. Jadi tak bertali dan sekeping macam lempeng tepung.

Menjadi mangsa roti jalaku ialah suami dan anak-anak.Setiap hari kena makan roti jala yang aku buat. Nasib baik tiada komplen setakat hari ni. Aku dah tak nak buat lagi esok. Aku rasa aku nak tetap dengan bekas kicap tu saja sementara aku jumpa dengan acuan yang lain pula nanti. Sekarang aku dalam proses mencari bekas sos yang bermuncung tiga. Sedang mencari dan kabarnya bekas tersebut cuma ada dikedai 100 yen. Nanti ya aku akan cari dan buat lagi.

No comments: