Monday, 29 June 2009

Makan-makan

Sabtu lepas balik kampung, dinner ramai-ramai dengan adik beradik dan ayah. Kebetulan anak adik nak sambung belajar kat Johor jadi sekalilah dengan jamuan untuk dia sekali, Ayah seronok tapi aku tak boleh tunggu lama sebab esok pagi nak kerja dan Aliah pun nak tuition, rumah babah pun belum pi lagi. Lepas makan, terus pi rumah babah.






Gambar-gambar sekitar jamuan tu dengan kamera aku yang dah start buat perangai. Babah kata, next month dapat kamera baru. Wah bestnya. Tak sabar nak dapat kamera ni.


Kakcik dengan ayah. Kami agak rapat dengan ayah berbanding dengan adik beradik lain yang agak kureng sikit dengan ayah.







Antara makanan yang dihidangkan. Aku buat kek keju, kek coklat, brownies, bawa balik nasi lemak dan sate. Laku semuanya. Bokhori beli laksa teluk kecai, kak ani dan adik buat bihun goreng. banyak juga makanan.
Nampak sangat ayah seronok dengan kedatangan kami beramai-ramai. Ianya juga sempena hari bapa.

Babah, Aiman dan ayah sedang menunggu makanan dan semua berkumpul









Bangmi ngan abang dok bakar sate.








Kek coklat dan ciskek aku.Layan gambar saja lah. Kalau rajin nanti edit balik. Ada banyak cerita sebenarnya tapi malam ni kurang mood sikit.









































Friday, 26 June 2009

Durian oh durian


Durian kat mana-mana sekarang. Paling sakit hati babah angkut durian banyak-banyak sedangkan tak ada orang nak makan. Dia sorang saja yang makan. Aku paling-paling banyak pun 2,3 ulas saja. Anak-anak pula ikut mood. Sat nak makan, sat tak nak sentuh langsung. Aku ingat nak pelbagai cara gunanya tapi masa pula tak ada, kerja tak tentu masa. Nak masak kena ambik masa. Haiya, dulian oh dulian. Tapi syyy cakap kat sini saja, nanti kecik hati dia pula sebab dia suka durian.

Monday, 15 June 2009

Awal pagi

Hari ni bangun pukul 3 pagi. Babah nak kePutra Jaya, ada meeting penting untuk jabatan. Babah bertolak pukul 3.45 pagi. So, ada sedikit rajin update ini blog. Tak boleh tidur balik semula sebab takut terlajak nanti anak-anak tak sarapan pula.

Hari ni juga hari pertama sekolah dibuka semula selepas cuti 2 minggu. Harap hari yang baik untuk kami semua.

Sunday, 14 June 2009

Ada lagi ni...

31/5/09 kami buat holiday trip ke Melaka. Kebetulan abang cuti sebulan, Aliah dan Aiman cuti sem. 2. Memang selalu trip kami setiap tahun bulan 5-6 sebab pertengahan tahun dan masa ni tak sebok dengan exam atau apa-apa aktiviti sangat kat sekolah.


Kami memilih untuk menginap di hotel Bayview, dibandar Melaka. Pemandangan pertama ialah gelas guiness stout sebagai gelas untuk minum. Alhamdulillah, sapa pun tak sentuh walaupun mungkin gelas tu bersih tapi semua tau gelas apa itu.






Petang tu juga kami ke Muar, jumpa cikgu CT, mengekori keretanya untuk ke tempat ikan bakar yang famous kat Muar ni. Terimakasih ct atas keihklasan anda berdua menerima kami dengan keadaan tergesa-gesa macam tu. Anda berdua memang sporting habis. Begitu juga dengan anak-anak. Semua suka dengan cikgu ct siap minta bawa balik lagi kek coklat cikgu ct yang sedap tu.


Kunjungan pertama kami ke kampung buku. disini kami ada juga beli 2,3 buku. Harganya lebih murah dari pasaran tapi sayangnya tak banyak sangat bukunya.

Lepas tu terus ke Taman Mini Malaysia tapi tak singgah sebab anak-anak dah pernah kesini sebelumnya.

Sebelah Taman Mini Malaysia ada pula muzium lebah sedunia. Banyak habis duit kat sini beli madu.

Kemudian ke Eye On Malaysia. Nampak macam tinggi sangat tapi sebenarnya taklah tinggi sangat pun.

Muka gayat masa dok puncak EOM.







Aku dah confius, mana satu pemandangan dari EOM atau Menara Taming Sari. Kedua-duanya kami naik.


Kemudian dari menara kami ke kapal lanun kat depan tu saja. Naik tangga berehat sekejab kat atas tu.

Ni masa nak ikut river cruise di sungai Melaka. Tempat nak masuk bot.

Pemandangan sepanjang sungai melaka walaupun masih panjang lagi sepatutnya sungai tu boleh diteroka. Rasanya kalau malam lagi cantik dengan lampu-lampunya sebab trip kami ni disiang hari.
Sepanjang 3 hari 2 malam disana macam tak sempat saja nak pergi banyak tempat lagi> InsyaAllah ada rezeki, umur panjang dan sihat tubuh badan, kami akan kesana lagi nanti.

Thursday, 4 June 2009

Dalam perjalanan


30/5/09, semasa dalam perjalanan ke Melaka, kami melalui 2 situasi yang agak mengerikan. Sebelah kiri adalah pemandangan dimana seorang kanak-kanak menghulurkan kepala dan badan sekali keluar dari tingkap kereta. Mulanya 2 orang budak, kiri dan kanan tapi aku tak sempat ambik gambar masa tu, bila dah tinggal sorang, baru sempat. Mereka bergurau dari atas bumbung kereta. sorang sebelah kanan, sorang sebelah kiri. Bergurau tapi dalam kereta tu aku rasa ada orang dewasa kat belakang yang membiarkan sja budak-budak tu bergurau macam tu. Bahaya sebab masa tu kereta sedang dipandu walaupun nampak macam taklah berapa laju. aku bayangkan kalaulah terjatuh, dengan kereta banyak macam tu, sempatkah kereta dibelakang menekan brek tanpa melanggar budak-budak tu.


Situasi kedua pula, cuba perhatikan dibelakang lori tersebut. Rasanya lori ni digunakan untuk mengangkut barang untuk berpindah. Kat belakang ada satu sofa dan diatas sofa tu ada sorang budak remaja lelaki sedang tidur dengan nyenyaknya. Masa tu kat atas lebuhraya. Lori dipandu dengan laju.Kalau lori tu menekan brek kecemasan, senang-senang budak tu akan jatuh tergolek kebawah sebab tempat duduk budak tu lebih tinggi dari penghadang lori tu. Harapan kami semuga kedua-duanya sampai dengan selamat. InsyaAllah.