Sunday 14 June 2009

Ada lagi ni...

31/5/09 kami buat holiday trip ke Melaka. Kebetulan abang cuti sebulan, Aliah dan Aiman cuti sem. 2. Memang selalu trip kami setiap tahun bulan 5-6 sebab pertengahan tahun dan masa ni tak sebok dengan exam atau apa-apa aktiviti sangat kat sekolah.


Kami memilih untuk menginap di hotel Bayview, dibandar Melaka. Pemandangan pertama ialah gelas guiness stout sebagai gelas untuk minum. Alhamdulillah, sapa pun tak sentuh walaupun mungkin gelas tu bersih tapi semua tau gelas apa itu.






Petang tu juga kami ke Muar, jumpa cikgu CT, mengekori keretanya untuk ke tempat ikan bakar yang famous kat Muar ni. Terimakasih ct atas keihklasan anda berdua menerima kami dengan keadaan tergesa-gesa macam tu. Anda berdua memang sporting habis. Begitu juga dengan anak-anak. Semua suka dengan cikgu ct siap minta bawa balik lagi kek coklat cikgu ct yang sedap tu.


Kunjungan pertama kami ke kampung buku. disini kami ada juga beli 2,3 buku. Harganya lebih murah dari pasaran tapi sayangnya tak banyak sangat bukunya.

Lepas tu terus ke Taman Mini Malaysia tapi tak singgah sebab anak-anak dah pernah kesini sebelumnya.

Sebelah Taman Mini Malaysia ada pula muzium lebah sedunia. Banyak habis duit kat sini beli madu.

Kemudian ke Eye On Malaysia. Nampak macam tinggi sangat tapi sebenarnya taklah tinggi sangat pun.

Muka gayat masa dok puncak EOM.







Aku dah confius, mana satu pemandangan dari EOM atau Menara Taming Sari. Kedua-duanya kami naik.


Kemudian dari menara kami ke kapal lanun kat depan tu saja. Naik tangga berehat sekejab kat atas tu.

Ni masa nak ikut river cruise di sungai Melaka. Tempat nak masuk bot.

Pemandangan sepanjang sungai melaka walaupun masih panjang lagi sepatutnya sungai tu boleh diteroka. Rasanya kalau malam lagi cantik dengan lampu-lampunya sebab trip kami ni disiang hari.
Sepanjang 3 hari 2 malam disana macam tak sempat saja nak pergi banyak tempat lagi> InsyaAllah ada rezeki, umur panjang dan sihat tubuh badan, kami akan kesana lagi nanti.

No comments: