Tuesday 27 October 2009

Selsema lah pulak...

Tekak kering, hidung tersumbat, batuk-batuk. Kerja pula kat hospital. Hari pertama flu lagi dah pi jumpa doktor. Dont worry la kak, tak bahaya sebab ini flu biasa. Aku tak kisah la flu biasa atau luar biasa, janji aku cepat-cepat dapat treatment dan hasilnya malam tadi, aku tidur tak sedar dunia. Kena syrup ubat batuk dan piriton, tangan kaki semua tak larat angkat. Ingat kalaulah bukan kerana ada klinik FNAC tadi, aku ingat nak ambik MC lagi tapi sebab ada klinik dan atas kepentingan perkhidmatan maka aku pergi juga kerja. Agak dah tengahari sikit, dah ok lah.

Tadi pula, Su belanja makan sebab dapat duit menanggung. Alhamdulillah, murah lah rezeki Su lagi. Aku pula macam biasa, memang rezeki pun selalu murah sebab aku selalu sedekah. sedekah senyum dan rezeki sebab dapat kawan-kawan yang baik.

Tadi juga aku dah bara dengan si perempuan yang lebih sudu dari kuah tu. Ada pula dia kata dia nak kena fikir untuk satu jabatan. Agaknya dia ingat dia ketua jabatan ke? Alahai, tak sedar dirinya dia... Perasan saja lebih. Pengalaman pun baru setahun jagung dah berlagak nak tunjuk terer. Lastnya aku juga yang rugi duit tapi aku untung masa. Next month, yahuuu aku tak ada on call lagi dan duit pun dah kurang banyak lah sebab tadi dah gaduh dengan pompuan tu...dan aku memang pun dah lama cari peluang tak nak oncall. rasanya bukan aku saja tak puas hati dengan dia, ramai lagi tapi semua orang nak tunjuk baik. Biarlah. Lepas ni aku dah tak ada kat sini lagi. Suka hati dia lah nak buat apa pun cuma aku mengharapkan pegawai perubatan tu yang akan naik memegang tampuk kuasa kat lab ni. Dia tu, huh...pi main jauh-jauh...

Kat rumah sekarang semua dah kembali normal selepas mengharungi seminggu dengan penuh ketakutan. Aku harap keadaan ini berkekalan. Aliah pun dah OK cuma aku tak nak tanya dia apa-apa lagi sebab aku pun bukan berani sangat. Nanti dia bagitau aku cerita lain pula, bertambah takut aku. Biarlah semuanya berlalu.

Hari tu gigi aku pecah sebelah. Pergi Dental nak cabut tapi kata dentist tu, kalau aku cabut gigi tu, gigi lain juga akan effect so aku dengar nasihat dentist tu. Dia kata dia akan bagi treatment akar gigi untuk aku. Tak kisah lah janji gigi aku tak sakit lagi. Masa pi ambik terament tu, ya Allah, takutnya aku tengok jarum yang macam-macam jenis dan kaler. Aku pura-pura tak nak pandang semua tu tapi terpandang juga. Setiap kali dia masukkan skru panjang kat gigi aku tu, setiap kali tu dia suruh aku pi Xray. Ada lah dalam 3 kali macam tu kena Xray. Lepas tu dia kata apa yang dia buat kat aku ni cuma sementara dan ada appoinment lagi 2/11 nanti. Masa tu baru dia nak buat yang permenant. Alamak, kena lagi sekali dengar bunyi mesin kat Dental tu.

Ni masih lagi menghadapi running nose ni tapi kalau tak makan ubat aku masih boleh control. Makan ubat baru lah rasa lemah badan. So berhenti dulu, cari tisu.

No comments: