Saturday, 30 May 2009

Rehat sekejab

Setelah melalui hari-hari yang sungguh sebok dan belum pun selesai kesebokan aku tu, hari ni nak pergi bercuti sekejab. 3 hari keluar daerah + 2 hari bercuti. Sabtu, Ahad kerja balik semula. Cuti dah tinggal sikit. Tak ada cuti-cuti lagi dah lepas ni. Ini semua borang pap smear yang nak kena screen. 200 keping lebih untuk seminggu. Tak sempat sebab banyak benda lain lagi nak kena buat.

Ini yang aku nak hantar ke HPP. Sikit dari yang banyak.


Ini pula slides yang perlu aku screen. Setiap tingkat ada 3, 4 tray yang penuh yang memuatkan 20 keping slides setiap satu. Tak apa, hari ni dan 5 hari yang akan datang, rehat sekejab.Sabtu ni aku akan selesaikan semuanya. InsyaAllah.

Sunday, 3 May 2009

Hari Sabtu lepas

Sabtu lepas selepas habis kerja malam, aku pergi beli sedikit barang dapur. Seperti biasa duit keluar macam air mengalir.

Bukanlah banyak pun barangnya tapi reganyanya, hai alahai

Lepas tu singgah sekejab kat foodcourt dia dan minum ni. Kesukaan aku ni. Nescaffe mocca float. Suka sesangat. (ye ke nama dia macam tu? Aku pi situ main tunjuk saja)

Lepas tu makan salad buah tanpa dressing sebab tak mau tambah kalori. Ada sebiji anggur sehiris oren dan sekeping nipis buah kiwi. Yang lain-lainnya ialah tembikai

Masa nak masuk ke taman perumahan tu dah dekat pukul 12 tengahari. Masa tu nelayan baru sampai dari laut. Aku pun singgah beli sedikit sayur dan ikan kembung fresh kat situ.

Balik rumah terus masak untuk makan tengahari dan salah satu menu dia ayam panggang. Ikan yang aku beli tu pun panggang juga tapi lupa nak ambik gambar. Kenyang sangat makan tengahari tu.