Sunday 15 March 2009

Study case

Baby. Lahir 2/2/09. Hari ni 14/3/09. Dah sebulan lebih, dengan tiada tanda-tanda jaundice. Datang-datang, terus ambil sb cap. Bawa sample ke lab. Bilirubin 10. MLT tanya, kenapa ambik sb cap. Tiada jawaban pasti cuma semasa datang, MA yang punya pengalaman seciput tanya, bersalin dimana. Bagitau di HSJ tanpa sempat bagi tau betul-betul apa masalah sebenar, terus order ambik sb. Cuma sempat bagitau baby demam.

Kalau kita dalam situasi macam ni, apa tindakan yang perlu kita buat? Kita datang dngan masalah sebenarnya ialah baby demam. Sakit hati betul aku hadapi staff macam ni. Tanpa periksa betul-betul, terus cucuk tanpa sebab. Dengar dulu penjelasan ibubapa baby. Kebanyakan staff MA hospital yang agak besar ( bukan klinik ) adalah MA yang baru keluar kolej atau baru setahun dua kerja. Jadi wahai pesakit atau ibubapa pesakit, hati-hati dengan keadaan macam ni. Kenalpasti benar masalah anak kita, kemudian tanya betul-betul,apakah prosedur yang diberi itu betul. Biar dikata cerewet tetapi kita dipihak yang betul. Kesian baby. Bukan anak aku tapi semua baby, anak aku.

No comments: