Dah seminggu aku batuk. Aduh, cuti dah 2 hari ambik dan mc 2 hari. Masih lagi batuk kuat. Malam esok kerja malam pulak. Tambah lagi batuk. Sejuk yang amat.
Hari ni depa buat makan tapi aku tak pasti pulak yang hari ni ada. Apa pun aku tak bawa. Pi makan saja.Batuk ada lagi. Hari ni budak2 trainees tu banyak tolong aku. Nasib baik depa ada. Ringan sikit kerja. Pagi-pagi aku mengantuk yang amat. Sakit ke aku atau sebab aku bangun awal? Ya lah, tidur lambat, belum pukul 5 pagi lagi dah bangun. Biasalah, prepare breakfast untuk seisi rumah.
Petang, masa balik, abang tak ada dirumah lagi. Gila pi gim pula budak ni.Tapi TQ anak mama, rumah bersih dan kemas. Dia tau, kalau rumah tak kemas, mesti mama dia tak senang. Aliah pula, adui la budak ni. Cuba la keluar main-main atau kayuh basikal. Baru la cergas sikit.
Nak cerita apa lagi ya?... Aku sebenarnya banyak cerita tapi selalu cakap kat Aliah, mama ni banyak benda nak tulis tapi mama malas. Dulu, masa remaja, aku bercita-cita nak jadi penulis. Tapi tak kesampaian sebab tak ada keinginan kuat untuk berjaya. Aku ingin menulis, aku banyak cerita tapi aku.....malas.
Tuesday, 13 May 2008
Monday, 12 May 2008
Wednesday, 7 May 2008
hmmmm
Dah 2 hari tak mandi. Tak sihat sampaikan nak mandi pun malas. Tengahari ni aku buat mee dulu, baru mandi dan makan ubat batuk. Dah sedia nak tidur kalau lepas makan ubat ni aku ngantuk. Ubat batuk buatkan aku ngantuk sangat-sangat dan sakit satu badan. Semuanya tak selesa kalau tak sihat. Aku harap aku akan sihat esok juga sebab malam esok aku kerja.
Babah pi terima anugerah hari ni. 2 kali naik stage, mengadap KP. Apa-apa pun semuga dirahmati tuhan. Babah akan sentiasa begini selamanya. Baik dan baik sangat-sangat. Janganlah ada sesuatu yang akan mengubah kasih kami sekeluarga.
Babah pi terima anugerah hari ni. 2 kali naik stage, mengadap KP. Apa-apa pun semuga dirahmati tuhan. Babah akan sentiasa begini selamanya. Baik dan baik sangat-sangat. Janganlah ada sesuatu yang akan mengubah kasih kami sekeluarga.
cuti
Hari Isnin 5 Mei, aku cuti, Aiman tak sihat. Ni dah 2 hari aku mc, aku pula yang tak sihat. Batuk kuat. Dah makan ubat batuk, sakit habis satu badan dan lemah nak bergerak. Asyik tidur saja. Kalau dulu, aku pasti gagahkan diri juga ketempat kerja kerana tak ada orang nak ganti tapi hari ni aku tak nak bodohkan diri lagi. Sakit pun kerja juga sebab kesiankan orang. Selama 9 tahun aku kerja seorang, tak ada sesiapapun yang nampak aku bekerja. Biarlah kini, orang lain juga merasa betapa seboknya aku bekerja sorang-sorang kat situ.
Subscribe to:
Posts (Atom)
