Tuesday 30 January 2007

Hari selepas cuti

Malam tadi aku terlelap pukul 3 pagi. Niat hati nak tidur awal tapi tak ngantuk lah pulak. Dok depan computer, carilah apa-apa yang boleh dibaca. Kain juga dah dilipat.

Dah tidur terpaksa pula bangun pukul 5 pagi sebab nak buat sarapan untuk anak-anak dan suami. Goreng nasi, buat cekodok ikan bilis dan pasta segera sebab aku memang tau sangat-sangat Aliah mesti suka. Lepas masak semua, mandi, solat dan bersiap sementara anak-anak dan suami dah terlebih dahulu bersiap.

Pagi ni aku keluar agak awal sedikit. Beli harian metro dan baca dulu dalam kereta sementara nak pergi scan jari.Masa ni dah ngantuk sangat dah, tapi hari ni aku kena kuat sebab ada klinik. aku kena assist patologis ni.Masuk dalam kak Ajar dah bagi tau hari ni depa buat lagi kerabu mangga tapi aku tak boleh makan sebab aku sebok hari ni

No comments: