Keratan rentas
keratan lintang
kek tak jadi minggu lepas
KEK GULA HANGUS PUAN HALIMAH
Sumber: Kak halimah
Bahan untuk gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.
Bahan untuk kek
4 biji telor
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila
Cara-caranya
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan susuu pekat - Mixer hingga rata.
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanilla.
Last kekali, masukkan gula hangus tadi.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.
Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas dan bawah.
3 comments:
sedapnyaa.. rozy memang suka sungguh dengan kek gula hanguih..
tak pa, nanti hari Sabtu kak yati bagi kek gula hangus dengan ciskek dengan syarat rozy mai rumah abang man dan keloi kak yati ikut dapur. Boleh?
okes kak yati!!!!
Post a Comment