Sunday, 26 February 2017

Assalamualaikom.
Lama sungguh tak berblog. Niat dihati nak mulakan semula aktiviti blogging selepas pencen nanti untuk mengisi masa terluang. Sebelum tu nak jengok jengok blog lama. Tak nak lah berblog baru hingga lupa kata

Thursday, 24 September 2015

Aidil Adha 2015.

Assalamualaikom dan salam sejahtera. Selamat hariraya Aidil Adha. Hari ni juga bekorban. Bekerja. Ganti kawan. Tak pa la. Buat la selagi terdaya.


Wednesday, 23 July 2014

Ayah lagi

Nah, ambik buku bank ayah, simpan. Simpan semua. Ok, meh nak simpan. Eh, ayah, mana pi RM43000 ni. Ayah kata ayah ambik untuk bayar harga tanah. Ooo...ok.

Malamnya saja selepas balik dari rumah ayah, 5 kali ayah called minta balik buku bank dia. Ayah dah lupa yang dia minta aku simpan. Mulala fikiran negatif timbul. Agaknya ayah kena hasut sebab nanti dalam akaun yang sama ayah akan dapat lagi duit yang banyak.Aku dah cakap, dalam akaun ayah cuma ada 200 ringgit saja yah...Ayah nak ambik apa? Buat penat pergi bank saja, lagipun ayah bukannya kuat pun. Dia nak juga. Katanya 50 ringgit pun dia nak pi ambik juga. Ayah ni dah kenapa?

Malam tu, aku called semua adik beradik ajak balik esoknya. Nak tahu kemana duit ayah yang banyak tu pergi. Bagitau isteri baru ayah suruh tunggu dan kami nak tengok buku bank dia dan anak dia.

Esok masa kami semua balik, isteri ayah tiada dirumah. Entah kemana. Kami tunggu dan tunggu. Sementara menunggu kami berbincang dengan ayah. Lepas tu baru dia ingat dia dah masukkan duit tu kedalam akaun isteri dia. Dia dah berlembut dengan aku dan minta aku terus simpan buku dia. Dan aku tak bagi balik la buku tu. tapi sungguh tak disangka-sangka, dengan keadaan dia yang tak larat dan keletihan tu dia masih boleh sergah dan marah adik beradikku yang lain termasuk aku sekali. Sedih kerana dituduh tak jujur dengan harta aruah ibuku sedangkan aku apa pun tak dapat hatta sehelai kain batik atas alasan aku tak jaga ibu yang sakit. tapi bila tiba bab barang kemas ibu, ayah tuduh aku pun tak jujur. Aku tak pernah tengok pun barang kemas  ibu, tak tau pun apa yang ibu ada dan tak pernah pun aku menuntutnya dari adik beradikku yang lain. Biar la mereka tak betul pun, itu antara mereka dengan tuhan tapi aku sedih bila kena tuduh aku tak jujur sebab ambil barang kemas ibu tanpa serahkan pada ayah.Ayah, ayah...pelupa sungguh dia sekarang. Duit pun dah tak ingat kemana dia letak, inikan pula benda lain.

Semuga Allah pelihara ayahanda ku dari sebarang niat jahat manusia terutama yang dekat dengannya.


Sunday, 13 July 2014

Luahan hati seorang anak untuk ayah

Hari ini 13/7/2014. Semalam aku balik kampung lagi menziarahi ayahanda tercinta. Kebetulan rumah pun dah siap, jadi dua dalam satu lah. Melihat kesihatan ayah yang semakin baik diusia hampir 85 tahun merupakan satu nikmat yang tak terhingga untuk seorang anak. Tak tahu apa yang menyebabkan ayah bersemangat kembali. Namun ssemuanya kuasa Allah SA.

Mengimbas kembali apa yang telah kami lalui bersama ayah bukanlah sesuatu yang indah. Ayah semasa muda barangkali tak punya banyak masa untuk kami. Mencari rezeki untuk keluarga, memerlukan ayah selalu keluar dari rumah dan kadang-kadang kami rasakan ketiadaan ayah lebih baik daripada ayah berada dirumah. Ayah sangat garang semasa kami kecil dan sehingga kudratnya masih kuat, dia tetap sebegitu. Tidak pedulikan kami samada ada atau tiada, sama saja baginya.

Kini, ayah sudah kehilangan banyak kudrat dan kehilangan banyak memori juga. Sedih sebab selama ini ayah yang kukenali bukan seperti itu. Ayah yang tegas, berlagak (kataku) dan tak suka menerima pendapat orang apatah lagi anak-anak. Pada ayah, dia semestinya betul Jangan sesekali bertentangan pendapat dengannya. Aku lah itu, orang yang selalu menjadi teman bergaduhnya.

Aku tak degil tapi banyak pendapat ayah yang aku sanggah tapi hairannya, ayah tak pernah marah walaupun aku beria-ia menegakkan apa yang aku kata betul walaupun bila kufikir kembali sekarang, memang tak betul pun. Aku selalu juga dimarahi mak sebab dia mengatakan aku anak kesayangan ayah. Tak tau, mungkin betul sebab apa saja permintaanku yang besar seperti pilihan hatiku sebagai suami, persekolahanku,ayah akan cuba tunaikan walaupun banyak permintaan kecil yang dia tak tunaikan.

Mungkin ada hikmahnya Allah memanjangkan usia ayah. Allah ingin ayah melihat hasil didikan emak terhadap kami. Dulu ayah tiada masa untuk kami tetapi ayah dapat melihat bagaimana kami hari ini.

Sayang ayah selamanya. Biarpun ayah dah menjadi seperti iklan burung murai tapi kami akan terus menjawab dan menjawab. Barangkali ayah bukan penyabar seperti ayah dalam iklan burung murai tapi kami anak-anak akan menjadi penyabar dan mengajar anak-anak kami supaya melayan soalan ayah yang berulang-ulang itu. Mula dahulu, anak-anakku ketawa dengan soalan ayah yang berulang tapi Alhamdulillah, kini mereka dah boleh menerimanya. Biarpun berapa ribu kali pun soalan yang sama dari tok ayah, anak-anak mama mesti menjawabnya. Ayah sangat pelupa. Ayah dah tak berselera untuk makan, ayah dah tak kuat untuk berjalan tapi suara ayah masih kuat untuk bercakap. Ayah masih tak lupa ayat-ayat alquran. Ayah mash tak lupa solat dan ayah masih tak lupa beribadat. Alhamdulilla.

Wednesday, 15 January 2014

Melalui hari-hari yang sangat pendek. Sekejab saja dah 15 haribulan. Aduh...Azam nak buat satu entri satu hari tinggal azam. Tak sempat. Dah melepasi berbelas hari. MyCPD belum siap. Kursus tahun lepas belum sah. PH bulan January pula banyak. Macam-macam hal pula berlaku. Dengan kematian bapa saudara, ibu saudara sedang sakit dan ayah pun sangat lemah. Asyik menangis hinggakan menjadi semakin lemah.Tak daya nak tolong melainkan bila ada masa terluang, balik kampong. Rumah pun dah 70% nak siap. Harap dapat berkumpul adik beradik lebih kerap.

Aliah dah dapat tawaran universiti. Lega satu perkara. Aiman pula nak SPM. Harap Aiman dapat buat yang terbaik. Nasib baik dia dapat gugurkan satu subjek yang dia sangat lemah. G bermakna selalu gagal.

Aku? Tahun ni bermula dengan seribu kebaikan. Harap berpanjangan. Tak apa la kalau ada yang tak berkenan asalkan aku bersama Allah sentiasa. Segala kerja dilakukan dengan ikhlas.

Babah, ok saja tapi permulaan tahun baginya sangat sebok. Belum lagi kursus, meeting atau seminar jauh-jauh. Masih dalam Pulau Pinang. Permulaan yang baik juga.

Akmal baik-baik juga dengan kerjanya. Plan nak bertunang bulan Jun tapi tak tau dengan siapa. Dia memang hidup penuh dengan plan dan kalau boleh dia akan cuba capai. Harap sebelum bulan Jun dia dah dapat calun dan teruskan niat. Jangan bertunang sebab nak lengkapkan plan saja.

Tuesday, 31 December 2013

Selamat tahun baru 2014

Setelah melalui hari-hari panjang tanpa sebarang kemajuan kat blog ni, dengan semangat dan azam baru, taip balik semula, Kononnya untuk bertahan satu hari satu cerita.Mampu ke?

Hari ni balik awal sebab ambik off petang. Nak habiskan off tahun ni yang konon-kononnya juga tak boleh dibawa ketahun depan. Tahun depan semua akan hangus. Ok saja, yang lainnya hangus pun tak pa.

Selamat menyambut tahun baru 2014. Entri dah berhari-hari. Sehari satu ayat. Alangkah malasnya aku sekarang. Malas nak bercerita. Kalau dulu sehingga siap satu cerpen sekali taip, sekarang ni, aduhai nak siap satu ayat pun becinta sangat.

Tahun baru banyak perancangan. Kemas dapu perancangan pertama. Lepas tu masak. Banyak pula resepi nak buat ni. Macam-macam tapi kek pelangi mesti juga dicuba esok. Kemudian yang lain belum ada perancangan kecuali nak masak.

Friday, 4 October 2013

Hari ni meeting dengan pasukan pelawat klinik. Tak pernah pun aku meeting dengan depa ni. Ada komplen pula mengatakan kami tak kenal panel pelawat ni.Macam mana nak kenal kalau tak pernah dikenalkan. Hari ni baru kenal. Itu pun cuma 5 orang dari berbelas orang barangkali.. Harap lepas ni lebih dihargai, dapat lagi bermesyuarat dengan mereka. Aktiviti untuk habiskan peruntukan. Sebenarnya aktiviti wajib tapi dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa.

Su bawa nasi tomato untuk jamuan kami. Aku kenyang makan nasi goreng pagi tadi. Lambat sikit makannya. Fobia dengan lauk ayam masak merah, Su masak pula lauk ayam masak merah. Harap semuanya ok, InsyaAllah.

Jumaat sesungguhnya hari yang amat menyeronokkan. Hujung minggu dan bercuti 2 hari. Dapur memanggil-manggil untuk dicuci. Aliah kerjanya masak, cucinya tidak. Apa lagi yang boleh diharapkan. Boleh masak pun dah cukup bagus. Pandai pula dia mereka-reka. katanya mama ajar, tapi mamanya tak ingat pun bila masa anaknya belajar. Tau-tau macam-macam hidangan yang dia buatkan.

Ada dua biji bergedil atas meja. Wah pandainya anak mama buat bergedil. Tak la mama, adik beli dikedai mamu. Hahaha...mama tertipu...